Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet
Search the Web

DARAH KEGUGURAN

Soalan

Ustaz,

Apakah hukum darah bagi perempuan yang keguguran kandungannya kurang dari dua bulan usia kandungannya. Adakah ia darah istihadah atau wiladah atau nifas. Bagaimana pula hukum solat bagi perempuan tersebut. Adakah ia wajib atau sebaliknya. Diharap ustaz dapat memberi penjelasan.

-Din

Jawapan
 

    1. Dalam masalah keguguran, sekiranya janin tersebut jelas sebahagian pancainderanya seperti jari atau kuku maka ia dikatakan bayi. Sebaliknya jika tidak jelas apa-apa bentuk seperti hanya seketul darah atau seketul daging, darah yang keluar tidak dipanggil nifas.
    2. Walau bagaimanapun, jika darah tersebut terdapat persamaan  dengan darah haid, maka ia dikira sebagai darah haid. Jika tidak (berbeza) ia dikira sebagai darah istihadhah (penyakit)
    3. Oleh kerana kelazimannya, dalam usia kandungan kurang dari dua bulan, janin masih belum terbentuk, maka darah tersebut adalah sama ada darah haid atau istihadhah.
    4.  Adapun hukum solatnya, ia bergantung sama ada darah tersebut darah haid atau istihadhah.

Wallahu a`lam

-USTAZ MUHYIDIN HAJI AZIZ